Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2009

Wak Dol, Siak Surau kita terlibat kemalangan

Assalamualaikum semua,  Semalam selepas tahu WakDol kemalangan, saya, MdSham dan Awi(3A1) pergi ke Hospital Ampuan Rahimah Klang lepas Isyak. Dapat jumpa WakDol diwad kecemasan pukul ~10 mlm. Ceritanya, WakDol dalam perjalanan dari arah Meru ke Shah Alam untuk pergi ke Desa Pengasih. Manakala kereta yang terlibat tu( pemandunya wanita) dari arah ShahAlam nak masuk kesimpang Puncak Alam. WakDol yang kena langgar melambung ke atas bumbung kereta. WakDol patah kaki sebelah kanan . Tapi bahagian badan yang lain alhamdulillah tak de apa-apa. Lama juga siWak ni duduk atas bumbung kereta sehingga ambulan sampai, Orang ramai takut nak alih sebab kaki patah tu agah serius. SMS dari WakDol pagi tadi…. dia di Wad 5A Katil No 26. Sesiapa yang berkelapangan pergilah ziarah beliau. Kita doakan juga untuk beliau segera sembuh. Ameenn.   Saya juga bercadang untuk mengadakan kutipan derma kilat untuk WakDol. Sesiapa yang nak menderma boleh bagi pada saya atau HjAmran atau MdSham. Jom kita bantu beliau....

1. AHLI JAWATANKUASA SURAU TAHUN 2009 (PERUBAHAN)

Kepada : Semua Ahli Khariah Fasa 3 السلام عليكم ورحمة الله وبر كاته               1. AHLI JAWATANKUASA SURAU TAHUN 2009 (PERUBAHAN) Terdapat perubahan kepada senarai AJK Surau Haji Ismail Fasa 3 Puncak Alam sediada.   Perubahan berkenaan adalah seperti berikut: i.     Perletakan jawatan En. Azwa Abu Hassan dari menjadi AJK surau berkuatkuasa 9 April 2009 ii.   Perletakan jawatan  Ustaz Ahmad Lutfi Abdullah Al Hafiz dari menjadi Imam2 kerana menyambung pelajaran di Darul Quran berkuatkuasa 25 April 2009. iii. Perlantikan Ustaz Abdullah Wan Ahmad Al Hafiz sebagai Imam2 yang baru berkuatkuasa dari 7 Mei 2009   2. PROGRAM REMAJA CUTI SEKOLAH (30hb.   Mei 2009) Surau akan menganjurkan Program Motivasi Remaja pada 30/05/09 (Sabtu) dari pukul 8.30pagi – 1.00 tgh. Ianya   terbuka kepada remaja (lelaki& perempuan) yang berumur 10-16 tahun.   Yuran pendaftaran adalah RM 10.00. Fasilitator bagi program ini ialah Ustaz Hishamuddin Abdul Aziz dengan tajuk program –   “Generasi Harapan Ummah”....

PEKELILING KARIAH SURAU 1/2009

Kepada : Semua Ahli Khariah 1. AHLI JAWATANKUASA SURAU TAHUN 2009 Berikut adalah senarai AJK Surau Haji Ismail Fasa 3 Puncak Alam bagu Tahun 2009. Ahli khariah boleh berhubung dengan AJK untuk segala urusan yang berkaitan dengan surau. 1) Pengerusi Haji Mohamad Nor Azali bin Lajin 2 Naib Pengerusi En. Mohd Shukri bin Hj Taib 3 Setiausaha Haji Amran bin Idris 4 Penolong Setiausaha En. Mohd Mizi bin Ismail 5 Bendahari En. Mohd Nor Sham bin Rahmat 6 Penolong Bendahari Mej (B) Mohd Suhaimi bin Saad 7 Ahli Jawatankuasa En. Riduan bin Mispan En. Azmi bin Semail En. Mohd Ghani bin Sidik En. Mahad Zam bin Abdullah En. Azwa bin Abu Hassan En. Mohd Isa bin Tompang En. Nor Azizan bin Mohamad Sgt (B) Haji Hassan bin Hamat (Pak De) En. Mohd Rosli Abdul Hamid Haji Zalaruddin bin Salikin Pn. Norsharipah Khamis En. Zulkifli Abd Rashad Pemeriksa Kira-Kira 1 Haji Md Zaidi Mohd Baki Pemeriksa Kira-Kira 2 En...