written by PAS SA2 at Friday, February 20, 2009 YB Dr Dzul menanam pokok sebagai simbolik penubuhan maahad tahfiz. Album penuh di sini . 15 Februari 2009 : Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah Yang Maha Esa kerana pada hari ini telah tertubuhnya satu lagi cawangan Maahad Tahfiz Al-Quran Sabil Al-Rasyad di Bandar Puncak Alam, Selangor. Majlis yang cukup bersejarah ini telah dimulai dengan upacara solat 'Asar secara berjamaah di Surau Hj Ismail Fasa 3 seterusnya bacaan doa selamat dan ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Maahad Sdr Abd. Ghaffar Abd Rasip serta ucapan penerangan asal-usul nama maahad diambil oleh pengasas maahad merangkap mudir iaitu Al-fadzil Ustaz Abdul Aziz Sahar. Akhirnya majlis penubuhan maahad ini telah disempurnakan oleh YB Dr Dzulkefly Ahmad Ahli Parlimen Kuala Selangor yang sudi meluang masa bersama rakyat di sini. YB juga telah menanam sebatang pokok sebagai simbol bahawa ilmu itu ibarat pokok yang mengeluarkan buah yang akan dinikmati dan d...
Blog ini diwujudkan untuk saluran komunikasi antara Ahli Jawatankuasa Surau dan para jemaah di dalam kariah Puncak Alam.