An-Nur: Sebat jadi pengajaran Bersama Zaharuddin Abd Rahman MINGGU lalu, kita didedahkan dengan sumber yang cukup banyak diambil daripada kumpulan hadis Rasulullah SAW bagi sesiapa saja bertanya daripada kitab mana, buku mana dan sumber mana dirujuk bagi hukuman sebat terhadap peminum arak. Selain itu, ada diterangkan perbezaan tafsiran ulama berkaitan jumlah sebatan sebagai hukuman kepada pesalah terbabit. BOLEHKAH PESALAH TIDAK DISEBAT? Ia bergantung kepada mazhab mana yang diterima pakai oleh Mahkamah Syariah, hakim dan negara Malaysia. Jika Hudud: Jika kesalahan meminum arak diterima sebagai kesalahan hudud sebagaimana pandangan mazhab Syafie, pesalah tidak boleh dielak daripada hukuman sebat tadi. Ini kerana, hukuman sebat dikira sebagai hak Allah SWT. Hak-Nya perlu didahulukan daripada sekalian hak makhluk dan sesuatu itu, termasuk dalam hak Allah SWT apabila kemudaratannya meluas dan umum seperti zina, riba, murtad dan sebagainya. Namun pelaksanaan hukuman hudud ke atas seseoran...
Blog ini diwujudkan untuk saluran komunikasi antara Ahli Jawatankuasa Surau dan para jemaah di dalam kariah Puncak Alam.