Assalamualaikum semua,
Semalam selepas tahu WakDol kemalangan,
saya, MdSham dan Awi(3A1) pergi ke Hospital
Ampuan Rahimah Klang lepas Isyak. Dapat jumpa WakDol diwad kecemasan
pukul ~10 mlm.
Ceritanya, WakDol dalam perjalanan dari
arah Meru ke Shah Alam untuk pergi ke Desa Pengasih. Manakala kereta yang
terlibat tu( pemandunya wanita) dari arah ShahAlam nak masuk kesimpang Puncak Alam.
WakDol yang kena langgar melambung ke atas bumbung kereta. WakDol patah kaki sebelah kanan. Tapi bahagian
badan yang lain alhamdulillah tak de apa-apa. Lama juga siWak ni duduk atas
bumbung kereta sehingga ambulan sampai, Orang ramai takut nak alih sebab kaki
patah tu agah serius.
SMS dari WakDol pagi tadi….dia di Wad 5A Katil No 26.
Sesiapa yang
berkelapangan pergilah ziarah beliau. Kita doakan juga untuk beliau segera
sembuh. Ameenn.
Saya juga bercadang untuk mengadakan
kutipan derma kilat untuk WakDol. Sesiapa yang nak menderma boleh bagi pada
saya atau HjAmran atau MdSham. Jom kita bantu beliau.
Hj Azali
Pengerusi Surau Haji Ismail Bandar Puncak Alam
boleh jadi kisah ini ada kaitan dgn berita dari PAnet dibawah.
sumber: http://www.puncak-alam.net/berita-tempatan/2009/kemalangan-di-simpang-masuk-puncak-alam.html
Kemalangan Di Simpang Masuk Puncak Alam
![]() PUNCAK ALAM : 22.05.2009 - Satu kemalangan melibatkan sebuah kereta dan motorsikal berlaku malam semalam di persimpangan masuk ke Bandar Puncak Alam. Dalam kejadian yang berlaku pada sekitar jam 8.30 malam itu, sebuah kereta Proton Wira telah cuba membelok masuk ke persimpangan tersebut dari arah Lebuhraya Puncak Alam tanpa menyedari ada motorsikal datang dari arah Meru. "Saya tidak nampak ada motor datang arah tersebut," ujar pemandu tersebut yang merupakan seorang penduduk di Fasa 2 yang terkejut apabila motorsikal tersebut merempuh bahagian sisi hadapan keretanya. Impak rempuhan menyebabkan mangsa tercampak ke atas cermin hadapan kereta tersebut. Tinjauan PAnet di tempat kejadian mendapati mangsa yang mengalami patah tulang betis kanan terbaring di atas bumbung kereta yang dirempuhnya sementara menunggu ketibaan ambulan. Anggota polis yang secara kebetulan sedang melakukan rondaan membantu mengawal lalulintas di kawasan kemalangan. Maklumbalas daripada pengguna jalanraya yang berhenti turut menyatakan kebimbangan berkaitan lalulintas yang agak sibuk di laluan itu, hingga menyukarkan pemandu untuk membelok masuk. Warga Bandar Puncak Alam yang ditemui di tempat kejadian bersependapat bahawa pihak berkuasa tempatan harus menyediakan lampu isyarat bagi mengelakkan kemalangan yang sering berlaku di situ. Dalam satu kejadian berasingan yang berlaku 2 malam yang lalu, satu kemalangan turut berlaku di selekoh laluan berhampiran. Kejadian tersebut berlaku pada sekitar jam 7.45 malam itu melibatkan sebuah kereta Perodua Kelisa yang telah terbabas ke atas pembahagi jalan. Tinjauan PAnet mendapati lampu jalan di Persiaran Puncak Alam 3 itu tidak berfungsi, dan dimaklumkan lampu tersebut tidak menyala semenjak minggu lepas. Keadaan yang gelap ditambah dengan keadaan trafik yang sibuk itu boleh mengakibatkan kemalangan berlaku. Penduduk turut meminta pihak Majlis Daerah Kuala Selangor untuk mengambil tindakan secepat mungkin. |

Comments