Kepada : Semua Ahli Khariah Fasa 3
السلام عليكم ورحمة الله وبر كاته
1. AHLI JAWATANKUASA SURAU TAHUN 2009 (PERUBAHAN)
Terdapat perubahan kepada senarai AJK Surau Haji Ismail Fasa 3 Puncak Alam sediada. Perubahan berkenaan adalah seperti berikut:
i. Perletakan jawatan En. Azwa Abu Hassan dari menjadi AJK surau berkuatkuasa 9 April 2009
ii. Perletakan jawatan Ustaz Ahmad Lutfi Abdullah Al Hafiz dari menjadi Imam2 kerana menyambung pelajaran di Darul Quran berkuatkuasa 25 April 2009.
iii.Perlantikan Ustaz Abdullah Wan Ahmad Al Hafiz sebagai Imam2 yang baru berkuatkuasa dari 7 Mei 2009
2. PROGRAM REMAJA CUTI SEKOLAH (30hb. Mei 2009)
Surau akan menganjurkan Program Motivasi Remaja pada 30/05/09 (Sabtu) dari pukul 8.30pagi – 1.00 tgh. Ianya terbuka kepada remaja (lelaki& perempuan) yang berumur 10-16 tahun. Yuran pendaftaran adalah RM 10.00. Fasilitator bagi program ini ialah Ustaz Hishamuddin Abdul Aziz dengan tajuk program – “Generasi Harapan Ummah”. Untuk tujuan pendaftaran dan pertanyaan, sila berhubung dengan En. Mizi Ismail (0192637954) atau En. Zulkifli Abd Rashad (0136085620). Borang untuk pendaftaran boleh didapati di surau.
3. KULIAH MINGGUAN
Berikut adalah program kuliah yang dibuat di surau setiap minggu.Dilampirkan juga jadual kuliah untuk bulan Jun 2009 untuk rujukan semua.
Hari | Masa | Kuliah/Kelas |
Setiap Rabu | Selepas Maghrib | Kelas Bahasa Arab Untuk Dewasa |
Setiap Jumaat | Selepas Isyak | Kelas Quran/Tajwid Untuk Dewasa |
Setiap Sabtu | Selepas Zuhor | Kuliah Muslimat |
Selepas Maghrib | Kuliah Maghrib | |
Setiap Ahad | Selepas Maghrib | Kuliah Maghrib |
Ahad (Minggu Pertama & Ketiga) | Selepas Suboh | Kuliah Suboh |
4. KURSUS HAJI BERSIRI SETIAP AHAD (3 MEI hingga 12 JULAI 2009)
Pendaftaran Kursus Haji (10 Siri) di Surau Haji Ismail masih dibuka kepada ahli khariah. Sesiapa yang berminat boleh berhubung dengan Hj Zaidi Mohd Baki (013 280 2236).
5. MOHON DERMA UNTUK AKTIVITI SURAU
Derma dari ahli khariah adalah sangat dialu-alukan untuk memastikan kelancaran operasi surau kita. Sila berhubung dengan AJK surau bagi menyalurkan derma. Semoga amal jariah berkenaan diterima oleh Allah sebagai amal yang soleh.
Sekian. - “Surau Untuk Semua”
Haji Mohamad Nor Azali bin Lajin (019 387 8085)
Pengerusi,
Surau Hj Ismail Fasa 3, Bandar Puncak Alam
0 comments:
Post a Comment