Assalamualaikum semua, Semalam selepas tahu WakDol kemalangan, saya, MdSham dan Awi(3A1) pergi ke Hospital Ampuan Rahimah Klang lepas Isyak. Dapat jumpa WakDol diwad kecemasan pukul ~10 mlm. Ceritanya, WakDol dalam perjalanan dari arah Meru ke Shah Alam untuk pergi ke Desa Pengasih. Manakala kereta yang terlibat tu( pemandunya wanita) dari arah ShahAlam nak masuk kesimpang Puncak Alam. WakDol yang kena langgar melambung ke atas bumbung kereta. WakDol patah kaki sebelah kanan . Tapi bahagian badan yang lain alhamdulillah tak de apa-apa. Lama juga siWak ni duduk atas bumbung kereta sehingga ambulan sampai, Orang ramai takut nak alih sebab kaki patah tu agah serius. SMS dari WakDol pagi tadi…. dia di Wad 5A Katil No 26. Sesiapa yang berkelapangan pergilah ziarah beliau. Kita doakan juga untuk beliau segera sembuh. Ameenn. Saya juga bercadang untuk mengadakan kutipan derma kilat untuk WakDol. Sesiapa yang nak menderma boleh bagi pada saya atau HjAmran atau MdSham. Jom kita bantu beliau....
Blog ini diwujudkan untuk saluran komunikasi antara Ahli Jawatankuasa Surau dan para jemaah di dalam kariah Puncak Alam.