Skip to main content

Sambutan Maulidur Rasul 1430h

Surau Haji Ismail, Bandar Puncak Alam akan menganjurkan sambutan Mauidur Rasul 1430h dengan menjemput;-

Penceramah : DATO' ABU HASSAN DIN AL- HAFIZ ( adinda Dato' Dr. Haron Din ).
Tarikh : 8 Mac, 2009 ( Ahad malam isnin )
Masa : 8.00 malam ( lepas solat maghrib )


Seluruh jemaah Puncak Alam dijemput hadir. Sila sampai-sampaikan berita ini kepada jiran taulan, sahabat handai.

Kepada individu-individu yang ingin menambahkan 'investment' akhirat.... berhajat ingin menderma atau menyumbangkan sebarang bantuan (samada berbentuk makanan, wang ringgit atau apa saja)... bolehlah menghubungi Bendahari Surau, Saudara Mohd Nor Syam, atau mana-mana Ajk surau....yg selalu ke surau...

Terima kasih,

Azizan.,



Comments

Popular posts from this blog

PEKELILING KARIAH SURAU 1/2009

Kepada : Semua Ahli Khariah 1. AHLI JAWATANKUASA SURAU TAHUN 2009 Berikut adalah senarai AJK Surau Haji Ismail Fasa 3 Puncak Alam bagu Tahun 2009. Ahli khariah boleh berhubung dengan AJK untuk segala urusan yang berkaitan dengan surau. 1) Pengerusi Haji Mohamad Nor Azali bin Lajin 2 Naib Pengerusi En. Mohd Shukri bin Hj Taib 3 Setiausaha Haji Amran bin Idris 4 Penolong Setiausaha En. Mohd Mizi bin Ismail 5 Bendahari En. Mohd Nor Sham bin Rahmat 6 Penolong Bendahari Mej (B) Mohd Suhaimi bin Saad 7 Ahli Jawatankuasa En. Riduan bin Mispan En. Azmi bin Semail En. Mohd Ghani bin Sidik En. Mahad Zam bin Abdullah En. Azwa bin Abu Hassan En. Mohd Isa bin Tompang En. Nor Azizan bin Mohamad Sgt (B) Haji Hassan bin Hamat (Pak De) En. Mohd Rosli Abdul Hamid Haji Zalaruddin bin Salikin Pn. Norsharipah Khamis En. Zulkifli Abd Rashad Pemeriksa Kira-Kira 1 Haji Md Zaidi Mohd Baki Pemeriksa Kira-Kira 2 En...

Majlis Korban Surau Haji Ismail Puncak Alam 2008

Puncak Alam, 8 Disember 2008. Solat Aidhil Adha di Surau Haji Ismail Bandar Puncak Alam dimulakan lewat setengah jam dari jadual iaitu pada 8.30 pagi ekoran hujan yang turun sejak malam sehingga pagi hari. Para jemaah masih sedikit yang hadir jam 8.00 pagi.  Selepas mendengar khutbah Aidil Adha dari Y.Bhg. Ustaz Nizam para jemaah pulang sebentar ke rumah masing-masing dan hadir semula jam 9.15 pg untuk menjayakan Ibadah Korban. Terdapat 5 ekor lembu yang akan di  korbankan pada kali ini.  Tn. Hj Din telah bersedia lebih awal dengan Parang "Made in German" nya untuk melaksanakan tugas  utamanya hari itu dengan menyembelih lembu-lembu mengikut  tertib yang dirahkan oleh Tuan Pengarah Majlis Tn. Mohd.Shukri.  Lembu-lembu ditumbangkan dengan cara yang  sistematik oleh para jemaah dan diikat dengan kemas sebelum di sembelih.   Suasana hujan renyai-renyai tidak menghalang para jemaah keluar padang menjayakan ibadah korban secara berjemaah (bergotong royong). Kehadiran petugas amat ...