Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2009

Perasmian Maahad Tahfiz Al-Quran Sabil Al-Rasyad

written by PAS SA2 at Friday, February 20, 2009 YB Dr Dzul menanam pokok sebagai simbolik penubuhan maahad tahfiz. Album penuh di sini . 15 Februari 2009 : Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah Yang Maha Esa kerana pada hari ini telah tertubuhnya satu lagi cawangan Maahad Tahfiz Al-Quran Sabil Al-Rasyad di Bandar Puncak Alam, Selangor. Majlis yang cukup bersejarah ini telah dimulai dengan upacara solat 'Asar secara berjamaah di Surau Hj Ismail Fasa 3 seterusnya bacaan doa selamat dan ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Maahad Sdr Abd. Ghaffar Abd Rasip serta ucapan penerangan asal-usul nama maahad diambil oleh pengasas maahad merangkap mudir iaitu Al-fadzil Ustaz Abdul Aziz Sahar. Akhirnya majlis penubuhan maahad ini telah disempurnakan oleh YB Dr Dzulkefly Ahmad Ahli Parlimen Kuala Selangor yang sudi meluang masa bersama rakyat di sini. YB juga telah menanam sebatang pokok sebagai simbol bahawa ilmu itu ibarat pokok yang mengeluarkan buah yang akan dinikmati dan d...

Sambutan Maulidur Rasul 1430H Puncak Alam

Program seumpama ini adalah yang julung-julung kali diadakan di peringkat kawasan Puncak Alam yang melibatkan surau-surau, KAFA, dan tadika di Puncak Alam. Sokongan yang positif dari pihak yang dijemput terutama dari Fasa 3 adalah sangat menggalakkan. Antara objektif utama yang ingin dicapai dari program sebegini selain meningkatkan kesedaran dan kesyukuran terhadap sumbangan yang diberikan oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ia dalah juga sebagai "channel' bagi meningkatkan ukhuwwah di kalangan qariah-qariah yang ada di sekitar Puncak Alam. Fokus pengisian, selain dari ceramah agama yang dilangsungkan selepas solat Suboh dan ditutup dengan sebuah lagi ceramah pada sebelah malamnya, adalah melibatkan golongan remaja dan kanak-kanak. Ini adalah salah satu kaedah yang dirasakan dapat menarik lebih ramai dari golongan ini untuk mendekati surau ataupun masjid. Berbalik kepada program pengisian, selepas selesai kuliah Suboh, acara pembukaan adalah m...

Sambutan Maulidur Rasul 1430h

Surau Haji Ismail, Bandar Puncak Alam akan menganjurkan sambutan Mauidur Rasul 1430h dengan menjemput;- P enceramah : DATO' ABU HASSAN DIN AL- HAFIZ ( adinda Dato' Dr. Haron Din ). Tarikh : 8 Mac, 2009 ( Ahad malam isnin ) Masa : 8.00 malam ( lepas solat maghrib ) Seluruh jemaah Puncak Alam dijemput hadir. Sila sampai-sampaikan berita ini kepada jiran taulan, sahabat handai. Kepada individu-individu yang ingin menambahkan 'investment' akhirat.... berhajat ingin menderma atau menyumbangkan sebarang bantuan (samada berbentuk makanan, wang ringgit atau apa saja)... bolehlah menghubungi Bendahari Surau, Saudara Mohd Nor Syam, atau mana-mana Ajk surau....yg selalu ke surau... Terima kasih, Azizan .,