Skip to main content

Posts

Showing posts from 2009

An-Nur: Sebat jadi pengajaran

An-Nur: Sebat jadi pengajaran Bersama Zaharuddin Abd Rahman MINGGU lalu, kita didedahkan dengan sumber yang cukup banyak diambil daripada kumpulan hadis Rasulullah SAW bagi sesiapa saja bertanya daripada kitab mana, buku mana dan sumber mana dirujuk bagi hukuman sebat terhadap peminum arak. Selain itu, ada diterangkan perbezaan tafsiran ulama berkaitan jumlah sebatan sebagai hukuman kepada pesalah terbabit. BOLEHKAH PESALAH TIDAK DISEBAT? Ia bergantung kepada mazhab mana yang diterima pakai oleh Mahkamah Syariah, hakim dan negara Malaysia. Jika Hudud: Jika kesalahan meminum arak diterima sebagai kesalahan hudud sebagaimana pandangan mazhab Syafie, pesalah tidak boleh dielak daripada hukuman sebat tadi. Ini kerana, hukuman sebat dikira sebagai hak Allah SWT. Hak-Nya perlu didahulukan daripada sekalian hak makhluk dan sesuatu itu, termasuk dalam hak Allah SWT apabila kemudaratannya meluas dan umum seperti zina, riba, murtad dan sebagainya. Namun pelaksanaan hukuman hudud ke atas seseoran...

KPI Ramadan: Di mana kita?

Oleh Idris Musa idris@hmetro.com.my HARI ini sudah 21 hari umat Islam menunaikan ibadat puasa Ramadan. Sembilan hari lagi, seluruh Muslim akan menyambut hari kemenangan, Aidilfitri. Pada penghujung Ramadan ini, apabila kedudukan kita sebagai umat Islam dalam menjalani ibadat berpuasa, adakah semakin bersemangat atau sudah lembik? Jika mengikut Indek Prestasi Kerja (KPI), adakah kita sudah mencapai standard yang ditetapkan Allah atau masih jauh dari sasaran? Jika kita teguh dengan kata-kata, pada awal Ramadan rahmat, dipertengahannya mendapat keampunan dan hujungnya dijauhkan daripada api neraka, Alhamdulillah kita di jalan yang betul. Bagaimanapun, jika pada awalnya saja bersemangat, tetapi di pertengahan lemah dan di hujungnya terkulai, rugilah ibadat puasa yang dijalankan sepanjang Ramadan. Melihat tabiat umat Islam di negara ini setiap kali kehadiran Ramadan, kadangkala kita tertanya-tanya, apakah mereka faham tujuan berpuasa Ramadan. Jika meninjau kebanyakan masjid, pada awal...

Wak Dol, Siak Surau kita terlibat kemalangan

Assalamualaikum semua,  Semalam selepas tahu WakDol kemalangan, saya, MdSham dan Awi(3A1) pergi ke Hospital Ampuan Rahimah Klang lepas Isyak. Dapat jumpa WakDol diwad kecemasan pukul ~10 mlm. Ceritanya, WakDol dalam perjalanan dari arah Meru ke Shah Alam untuk pergi ke Desa Pengasih. Manakala kereta yang terlibat tu( pemandunya wanita) dari arah ShahAlam nak masuk kesimpang Puncak Alam. WakDol yang kena langgar melambung ke atas bumbung kereta. WakDol patah kaki sebelah kanan . Tapi bahagian badan yang lain alhamdulillah tak de apa-apa. Lama juga siWak ni duduk atas bumbung kereta sehingga ambulan sampai, Orang ramai takut nak alih sebab kaki patah tu agah serius. SMS dari WakDol pagi tadi…. dia di Wad 5A Katil No 26. Sesiapa yang berkelapangan pergilah ziarah beliau. Kita doakan juga untuk beliau segera sembuh. Ameenn.   Saya juga bercadang untuk mengadakan kutipan derma kilat untuk WakDol. Sesiapa yang nak menderma boleh bagi pada saya atau HjAmran atau MdSham. Jom kita bantu beliau....

1. AHLI JAWATANKUASA SURAU TAHUN 2009 (PERUBAHAN)

Kepada : Semua Ahli Khariah Fasa 3 السلام عليكم ورحمة الله وبر كاته               1. AHLI JAWATANKUASA SURAU TAHUN 2009 (PERUBAHAN) Terdapat perubahan kepada senarai AJK Surau Haji Ismail Fasa 3 Puncak Alam sediada.   Perubahan berkenaan adalah seperti berikut: i.     Perletakan jawatan En. Azwa Abu Hassan dari menjadi AJK surau berkuatkuasa 9 April 2009 ii.   Perletakan jawatan  Ustaz Ahmad Lutfi Abdullah Al Hafiz dari menjadi Imam2 kerana menyambung pelajaran di Darul Quran berkuatkuasa 25 April 2009. iii. Perlantikan Ustaz Abdullah Wan Ahmad Al Hafiz sebagai Imam2 yang baru berkuatkuasa dari 7 Mei 2009   2. PROGRAM REMAJA CUTI SEKOLAH (30hb.   Mei 2009) Surau akan menganjurkan Program Motivasi Remaja pada 30/05/09 (Sabtu) dari pukul 8.30pagi – 1.00 tgh. Ianya   terbuka kepada remaja (lelaki& perempuan) yang berumur 10-16 tahun.   Yuran pendaftaran adalah RM 10.00. Fasilitator bagi program ini ialah Ustaz Hishamuddin Abdul Aziz dengan tajuk program –   “Generasi Harapan Ummah”....

PEKELILING KARIAH SURAU 1/2009

Kepada : Semua Ahli Khariah 1. AHLI JAWATANKUASA SURAU TAHUN 2009 Berikut adalah senarai AJK Surau Haji Ismail Fasa 3 Puncak Alam bagu Tahun 2009. Ahli khariah boleh berhubung dengan AJK untuk segala urusan yang berkaitan dengan surau. 1) Pengerusi Haji Mohamad Nor Azali bin Lajin 2 Naib Pengerusi En. Mohd Shukri bin Hj Taib 3 Setiausaha Haji Amran bin Idris 4 Penolong Setiausaha En. Mohd Mizi bin Ismail 5 Bendahari En. Mohd Nor Sham bin Rahmat 6 Penolong Bendahari Mej (B) Mohd Suhaimi bin Saad 7 Ahli Jawatankuasa En. Riduan bin Mispan En. Azmi bin Semail En. Mohd Ghani bin Sidik En. Mahad Zam bin Abdullah En. Azwa bin Abu Hassan En. Mohd Isa bin Tompang En. Nor Azizan bin Mohamad Sgt (B) Haji Hassan bin Hamat (Pak De) En. Mohd Rosli Abdul Hamid Haji Zalaruddin bin Salikin Pn. Norsharipah Khamis En. Zulkifli Abd Rashad Pemeriksa Kira-Kira 1 Haji Md Zaidi Mohd Baki Pemeriksa Kira-Kira 2 En...

Perasmian Maahad Tahfiz Al-Quran Sabil Al-Rasyad

written by PAS SA2 at Friday, February 20, 2009 YB Dr Dzul menanam pokok sebagai simbolik penubuhan maahad tahfiz. Album penuh di sini . 15 Februari 2009 : Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah Yang Maha Esa kerana pada hari ini telah tertubuhnya satu lagi cawangan Maahad Tahfiz Al-Quran Sabil Al-Rasyad di Bandar Puncak Alam, Selangor. Majlis yang cukup bersejarah ini telah dimulai dengan upacara solat 'Asar secara berjamaah di Surau Hj Ismail Fasa 3 seterusnya bacaan doa selamat dan ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Maahad Sdr Abd. Ghaffar Abd Rasip serta ucapan penerangan asal-usul nama maahad diambil oleh pengasas maahad merangkap mudir iaitu Al-fadzil Ustaz Abdul Aziz Sahar. Akhirnya majlis penubuhan maahad ini telah disempurnakan oleh YB Dr Dzulkefly Ahmad Ahli Parlimen Kuala Selangor yang sudi meluang masa bersama rakyat di sini. YB juga telah menanam sebatang pokok sebagai simbol bahawa ilmu itu ibarat pokok yang mengeluarkan buah yang akan dinikmati dan d...

Sambutan Maulidur Rasul 1430H Puncak Alam

Program seumpama ini adalah yang julung-julung kali diadakan di peringkat kawasan Puncak Alam yang melibatkan surau-surau, KAFA, dan tadika di Puncak Alam. Sokongan yang positif dari pihak yang dijemput terutama dari Fasa 3 adalah sangat menggalakkan. Antara objektif utama yang ingin dicapai dari program sebegini selain meningkatkan kesedaran dan kesyukuran terhadap sumbangan yang diberikan oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ia dalah juga sebagai "channel' bagi meningkatkan ukhuwwah di kalangan qariah-qariah yang ada di sekitar Puncak Alam. Fokus pengisian, selain dari ceramah agama yang dilangsungkan selepas solat Suboh dan ditutup dengan sebuah lagi ceramah pada sebelah malamnya, adalah melibatkan golongan remaja dan kanak-kanak. Ini adalah salah satu kaedah yang dirasakan dapat menarik lebih ramai dari golongan ini untuk mendekati surau ataupun masjid. Berbalik kepada program pengisian, selepas selesai kuliah Suboh, acara pembukaan adalah m...

Sambutan Maulidur Rasul 1430h

Surau Haji Ismail, Bandar Puncak Alam akan menganjurkan sambutan Mauidur Rasul 1430h dengan menjemput;- P enceramah : DATO' ABU HASSAN DIN AL- HAFIZ ( adinda Dato' Dr. Haron Din ). Tarikh : 8 Mac, 2009 ( Ahad malam isnin ) Masa : 8.00 malam ( lepas solat maghrib ) Seluruh jemaah Puncak Alam dijemput hadir. Sila sampai-sampaikan berita ini kepada jiran taulan, sahabat handai. Kepada individu-individu yang ingin menambahkan 'investment' akhirat.... berhajat ingin menderma atau menyumbangkan sebarang bantuan (samada berbentuk makanan, wang ringgit atau apa saja)... bolehlah menghubungi Bendahari Surau, Saudara Mohd Nor Syam, atau mana-mana Ajk surau....yg selalu ke surau... Terima kasih, Azizan .,