Puncak Alam, 8 Disember 2008. Solat Aidhil Adha di Surau Haji Ismail Bandar Puncak Alam dimulakan lewat setengah jam dari jadual iaitu pada 8.30 pagi ekoran hujan yang turun sejak malam sehingga pagi hari. Para jemaah masih sedikit yang hadir jam 8.00 pagi. Selepas mendengar khutbah Aidil Adha dari Y.Bhg. Ustaz Nizam para jemaah pulang sebentar ke rumah masing-masing dan hadir semula jam 9.15 pg untuk menjayakan Ibadah Korban. Terdapat 5 ekor lembu yang akan di korbankan pada kali ini. Tn. Hj Din telah bersedia lebih awal dengan Parang "Made in German" nya untuk melaksanakan tugas utamanya hari itu dengan menyembelih lembu-lembu mengikut tertib yang dirahkan oleh Tuan Pengarah Majlis Tn. Mohd.Shukri. Lembu-lembu ditumbangkan dengan cara yang sistematik oleh para jemaah dan diikat dengan kemas sebelum di sembelih. Suasana hujan renyai-renyai tidak menghalang para jemaah keluar padang menjayakan ibadah korban secara berjemaah (bergotong royong). Kehadiran petugas amat ...
Blog ini diwujudkan untuk saluran komunikasi antara Ahli Jawatankuasa Surau dan para jemaah di dalam kariah Puncak Alam.