Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2008

Ibadah Qurban 1429h/ 2008

Surau Hj Ismail akan menganjurkan program korban sempena Hari Raya Aidil Adha pada tahun 2008H/1421M. Tuan/puan adalah dijemput menyertai program ini. Ibadat korban merupakan satu ibadat yang sangat digalakan dalam Islam, khususnya bagi mereka yang berkemampuan dari segi keewangan. Ibadat korban telah disyariatkan oleh Allah pada tahun kedua Hijrah. “Sesungguhnya kami (Allah) telah memberi engkau (Muhammad) kebaikan yang banyak. Maka *sembahayanglah engkau kerana Tuhanmu dan sembelihlah(korbanmu)” (Al-Kautsar 1-2) * sembahayang yang dimaksudkan di dalam ayat di atas ialah sembahayang sunat hari raya korban. Hukum korban ialah Sunat Muakkad. Adapun bagi mereka yang bernazar hukumnya adalah wajib. Bagi mereka yang berkemampuan adalah makruh meninggalkan amalan ini. Dipetik dari Laman Web http://www.nymaz.com Pada tahun ini pihak Surau Haji Ismail mensasarkan untuk mengorbankan 3 ekor lembu. Jumlah haiwan yang akan dikorbankan tertakluk kepada permintaan/penyertaan kariah Surau Hj. Ismail...