Skip to main content

Posts

Showing posts from 2008

Majlis Korban Surau Haji Ismail Puncak Alam 2008

Puncak Alam, 8 Disember 2008. Solat Aidhil Adha di Surau Haji Ismail Bandar Puncak Alam dimulakan lewat setengah jam dari jadual iaitu pada 8.30 pagi ekoran hujan yang turun sejak malam sehingga pagi hari. Para jemaah masih sedikit yang hadir jam 8.00 pagi.  Selepas mendengar khutbah Aidil Adha dari Y.Bhg. Ustaz Nizam para jemaah pulang sebentar ke rumah masing-masing dan hadir semula jam 9.15 pg untuk menjayakan Ibadah Korban. Terdapat 5 ekor lembu yang akan di  korbankan pada kali ini.  Tn. Hj Din telah bersedia lebih awal dengan Parang "Made in German" nya untuk melaksanakan tugas  utamanya hari itu dengan menyembelih lembu-lembu mengikut  tertib yang dirahkan oleh Tuan Pengarah Majlis Tn. Mohd.Shukri.  Lembu-lembu ditumbangkan dengan cara yang  sistematik oleh para jemaah dan diikat dengan kemas sebelum di sembelih.   Suasana hujan renyai-renyai tidak menghalang para jemaah keluar padang menjayakan ibadah korban secara berjemaah (bergotong royong). Kehadiran petugas amat ...

Ibadah Qurban 1429h/ 2008

Surau Hj Ismail akan menganjurkan program korban sempena Hari Raya Aidil Adha pada tahun 2008H/1421M. Tuan/puan adalah dijemput menyertai program ini. Ibadat korban merupakan satu ibadat yang sangat digalakan dalam Islam, khususnya bagi mereka yang berkemampuan dari segi keewangan. Ibadat korban telah disyariatkan oleh Allah pada tahun kedua Hijrah. “Sesungguhnya kami (Allah) telah memberi engkau (Muhammad) kebaikan yang banyak. Maka *sembahayanglah engkau kerana Tuhanmu dan sembelihlah(korbanmu)” (Al-Kautsar 1-2) * sembahayang yang dimaksudkan di dalam ayat di atas ialah sembahayang sunat hari raya korban. Hukum korban ialah Sunat Muakkad. Adapun bagi mereka yang bernazar hukumnya adalah wajib. Bagi mereka yang berkemampuan adalah makruh meninggalkan amalan ini. Dipetik dari Laman Web http://www.nymaz.com Pada tahun ini pihak Surau Haji Ismail mensasarkan untuk mengorbankan 3 ekor lembu. Jumlah haiwan yang akan dikorbankan tertakluk kepada permintaan/penyertaan kariah Surau Hj. Ismail...