Surau Haji Ismail, Bandar Puncak Alam (sebelum ini dikenali sebagai Surau Fasa Tiga), merupakan salah satu surau yang wujud di Fasa 3, Bandar Puncak Alam. Surau ini berdaftar di Jabatan Agama Islam daerah Kuala Selangor dan mula mendapat kebenaran menganjurkan "Solat Jumaat" pada 29 Julai 2005. Walaupun masih bertaraf surau, Pihak Jabatan Agama Islam Kuala Selangor telah memberikan mandat kepada Surau Fasa Tiga untuk menjadi menyelaras akiviti kepada surau-surau lain di sekitar Fasa 2 dan Fasa 3 Bandar Puncak Alam. Surau ini berperanan sebagai tempat di mana penduduk melaksanakan solat berjemaah, tempat percambahan ilmu melalui medium tazkirah, ceramah, kuliah dan forum, tempat aktiviti kependudukan sama ada bermesyuarat di kalangan persatuan penduduk mahu pun aktiviti kependudukan yang sesuai. Pada 26 April 2006, Pihak Y.Bhg. Tan Sri Rozali Ismail, telah memaklumkan nama surau ini kepada AJK Surau. Secara perlahan-lahan AJK Surau mula memperkenalkan nama baru surau ini ...