22 February 2010

Sambutan Maulidur Rasul 1430h di Surau Haji Ismail

Salam Sejahtera Semua,  

Seperti yang tuan puan sediamaklum, pihak Surau akan mengadakan program Maulidur Rasul 1431 H  seperti berikut :

Tarikh            :  25hb / 26hb Februari 2010 ( Khamis & Jumaat )
Masa               :  7.00 ptg (25hb Feb )  –  9.30 mlm (26hb Feb )
Tempat           :  Surau Haji Ismail Fasa 3, Puncak Alam  

Tuan Puan Sekeluarga adalah dijemput hadir.....  

1. Agenda/Aktiviti Yang DiRancang (Lihat Lampiran):


25hb. Feb 2010           7.30 – 8.45mlm           Solat Maghrib/Yaasin/Tahlil/ Solat Isyak (Khamis)             9.30-11.00mlm           Ceramah Motivasi Untuk Pelajar                                     11.30mlm                    Iktikaf di Surau

26hb. Feb 2010           4.45pagi                      Program Qiamullail (Jumaat)                      6.10 – 7.30pagi           Solat Suboh /Kuliah Suboh                                    8.30-12.00tgh              Perarakan Pelajar, Nasyid, 
                                                                      Pertandingan Melukis/Mewarna, 
                                                                      Azan, Hafazan                                     12.30ptg                      Kuliah Jumaat                                     1.30-2.30ptg                Kuthbah/Solat Jumaat                                     7.45mlm                      Kuliah Maghrib  

2. Masuk Peraduan/Pertandingan : Tuan puan juga dijemput untuk mendaftar anak-anak yang berminat untuk memasuki

1. Pertandingan Mewarna (7 tahun kebawah)
2. Pertandingan Melukis/Mewarna (12 tahun kebawah)
3. Pertandingan Azan (12 tahun kebawah)
4. Pertandingan Hafazan/Tilawah (Untuk Dewasa)  


Borang boleh didapati di surau atau hubungi Ust. Nizam (Imam/Ketua Guru KAFA)  

3. Kaunter Yang Dibuka :
     Kaunter Tabung Haji (Buka Akaun Baru/Tambah Simpanan/Daftar Haji)
     Pendaftaran Kursus Haji Bersiri di Surau Haji Ismail (Mula bulan April)
     Pendaftaran Badan Khairat Kematian
     Pendaftaran Pusat Tuisyen Ibnu Sina  

4. Bazar  Jualan – Peluang Untuk Berniaga :

Tuan puan juga dijemput untuk membuka gerai jualan pada 26hb. (Jumaat) . Jenis Jualan – Makanan/Minuman, Produk Kesihatan, Majalah/Buku Agama, dll.

Sila hubungi Sdr. Md Sham atau Sdr. Kamarudin (Bilal) untuk dapatkan borang dan keterangan lanjut. Lihat lampiran.  

5. Sumbangan : Kami juga ingin memohon sumbangan RM dari tuan puan yang dermawan untuk menjayakan program ini. Sumbangan berkenaan boleh disampaikan terus kepada AJK, atau melalui cek atas nama SURAU HAJI ISMAIL  (No. Acc BIMB 12038010069535). Lihat lampiran. Sekian.  

Jom Ke Surau.
Tambah Amal. Tambah Ilmu. Tambah Iman.
Surau Untuk Semua.  

Hj Mohamad Nor Azali Lajin
Pengerusi Surau Haji Ismail
Puncak Alam

14 September 2009

An-Nur: Sebat jadi pengajaran

An-Nur: Sebat jadi pengajaran
Bersama Zaharuddin Abd Rahman


MINGGU lalu, kita didedahkan dengan sumber yang cukup banyak diambil daripada kumpulan hadis Rasulullah SAW bagi sesiapa saja bertanya daripada kitab mana, buku mana dan sumber mana dirujuk bagi hukuman sebat terhadap peminum arak.

Selain itu, ada diterangkan perbezaan tafsiran ulama berkaitan jumlah sebatan sebagai hukuman kepada pesalah terbabit.

BOLEHKAH PESALAH TIDAK DISEBAT?

Ia bergantung kepada mazhab mana yang diterima pakai oleh Mahkamah Syariah, hakim dan negara Malaysia.

Jika Hudud:

Jika kesalahan meminum arak diterima sebagai kesalahan hudud sebagaimana pandangan mazhab Syafie, pesalah tidak boleh dielak daripada hukuman sebat tadi.

Ini kerana, hukuman sebat dikira sebagai hak Allah SWT. Hak-Nya perlu didahulukan daripada sekalian hak makhluk dan sesuatu itu, termasuk dalam hak Allah SWT apabila kemudaratannya meluas dan umum seperti zina, riba, murtad dan sebagainya.

Namun pelaksanaan hukuman hudud ke atas seseorang pesalah boleh ditangguh berdasarkan keperluan tertentu.

Dalam kategori ini, semua pesalah walau kali pertama melakukan kesalahan, akan dihukum kerana mudarat ke atas masyarakat umum.

Jika Ta'zir:

Jika kesalahan itu dianggap daripada jenis Ta'zir, maka hakim mempunyai kuasa untuk mengampun sama ada atas alasan ia kesalahan kali pertama, seorang yang lemah, tidak sihat dan sebagainya. Demikian menurut mazhab Syafie.

Justeru, sebelum dikritik keputusan hakim, bincangkan terlebih dulu mazhab mana yang ingin diikuti di Malaysia, khususnya dalam konteks hukum minum arak ini.

SEJAUH MANA SEBATAN INI ADIL?

Pertama:

Jika ia benar-benar hudud dan termasuk dalam hak Allah SWT, tidak layak manusia yang hina untuk mempersoalkan mengenai keadilan, kerana Dia sentiasa adil walau menghumban seseorang manusia ke neraka-Nya.

Allah SWT tetap adil walau Dialah yang menyesatkan sekumpulan manusia dan memberi hidayat kepada sebagai yang lain.

Kerana Apa adil? Kerana piawaian adil Allah SWT tidak sama dengan manusia yang dicipta. Keadilan-Nya adalah kerana Dia yang mencipta kita dan Dia berhak untuk menentukan apa saja yang diingini-Nya.

Jika kita merasakan Allah SWT tidak adil menyesatkan sekumpulan manusia. Individu berkenaan perlu memulangkan nyawa yang Dia berikan kepada mereka dan beredar dari galaksi ciptaan-Nya ke sebuah alam ciptaan sendiri.



Kedua:

Sebatan ini, tidak zalim sama sekali kerana ia bukan bertujuan menyakitkan seperti sebatan ekor pari yang menghakis kulit, daging dan sampai ke tulang.

Sebatan ini hanyalah untuk pengajaran, seperti denda cikgu kepada muridnya, ibu kepada anaknya atas tujuan mengajar, atas asas belas kasihan dan bukan dendam kesumat dan ‘geram' memukul.

Hasilnya, pelbagai disiplin sebatan ditentukan dalam hukum Islam iaitu:

1- Tidak boleh dipukul wajah dan kemaluan.

2- Alat yang digunakan mestilah tidak besar, bukan tongkat yang besar, ia adalah seperti dahan dan ranting sederhana saja.

3- Tidak diharuskan si pemukul mengangkat tangannya melebihi paras ketiaknya atau tidak boleh terlihat bawah lengannya semasa mengangkat pemukul. Pukulan pula tidak terlalu menyakitkan selain tidak pula terlalu perlahan. Yang diangkat adalah sikunya saja dan bukan lengan.

4- Lelaki disebat secara berdiri, wanita secara duduk.

Adakah jenis pukulan yang sebegini pun dianggap zalim? Jika demikian, guru sekolah, ibu bapa, suami, yang memukul, adalah lebih zalim kerana hukumannya tidak dibicarakan di mahkamah.

Bagi saya, jika hukuman sebegini pun masih zalim, tentunya yang menuduh ia zalim itu akan jadi lebih zalim kerana bercakap dan mengkritik tanpa ilmu.


Ketiga:

Sejauh mana pula adilnya orang luar mempertikaikan hak seorang hakim dalam membuat keputusan?

Bukankah hakim lebih berhak menentukan hukuman yang paling adil disebabkan beliau berada sepanjang sesi perbicaraan daripada kedua-dua pihak, mendengar pandangan pembela dan pendakwa.

Justeru, adalah TIDAK ADIL bagi orang di luar mahkamah untuk mengkritik sewenangnya keputusan hakim sedangkan mereka tidak mempunyai gambaran sebenar di sebalik sesebuah kes.

Mungkin saja, si pesalah yang reda dan ingin hukuman dilaksanakan. Justeru itulah keadilannya.



Keempat:

Bukankah keputusan hakim patut dihormati sebagai menunjukkan hak badan kehakiman daripada sebarang gangguan luar?

Kita kerap mendengar di mahkamah sivil bahawa sebarang keputusan mahkamah tidak boleh dikritik secara terbuka sama ada di dalam mahkamah atau di luar kerana akan termasuk di dalam kesalahan ‘menghina mahkamah’.

Lalu mengapa pula pihak yang kurang maklumat di luar ini dengan senang dan mudah mengkritik keputusan Mahkamah Syariah?



Kelima:

Di dalam Islam, adil atau tidak bukan terletak pada logik akal manusia semata-mata namun adil yang sebenarnya adalah melaksanakan apa yang diperintahkan oleh Allah SWT dan Rasulullah SAW.

Jika dalam konteks kes ini, pesalah juga sudah bersedia menjalani hukuman itu sebagai satu proses kesedaran dirinya, adilkah kita mempersoalkan hak pesalah untuk mendapat hukuman?

KPI Ramadan: Di mana kita?

Oleh Idris Musa
idris@hmetro.com.my

HARI ini sudah 21 hari umat Islam menunaikan ibadat puasa Ramadan. Sembilan hari lagi, seluruh Muslim akan menyambut hari kemenangan, Aidilfitri.

Pada penghujung Ramadan ini, apabila kedudukan kita sebagai umat Islam dalam menjalani ibadat berpuasa, adakah semakin bersemangat atau sudah lembik?

Jika mengikut Indek Prestasi Kerja (KPI), adakah kita sudah mencapai standard yang ditetapkan Allah atau masih jauh dari sasaran?

Jika kita teguh dengan kata-kata, pada awal Ramadan rahmat, dipertengahannya mendapat keampunan dan hujungnya dijauhkan daripada api neraka, Alhamdulillah kita di jalan yang betul.

Bagaimanapun, jika pada awalnya saja bersemangat, tetapi di pertengahan lemah dan di hujungnya terkulai, rugilah ibadat puasa yang dijalankan sepanjang Ramadan.

Melihat tabiat umat Islam di negara ini setiap kali kehadiran Ramadan, kadangkala kita tertanya-tanya, apakah mereka faham tujuan berpuasa Ramadan.

Jika meninjau kebanyakan masjid, pada awal Ramadan, jemaah penuh menunaikan solat Tarawih, tetapi pada pertengahan dan hujungnya, jumlah mereka tinggal separuh daripada kapisiti jemaah.

Mengapa perkara itu boleh berlaku? Jika pada awal Ramadan, masjid penuh dengan jemaah yang menunaikan solat Tarawih, sepatutnya di pertengahan dan hujungnya, keadaan adalah sama.

Tetapi, sayangnya tidak begitu. Kebanyakan masjid suram di hujung Ramadan. Ramai umat Islam sibuk membuat persiapan Aidilfitri, membuat kuih raya, bermain mercun atau berpusu-pusu ke pusat beli-belah.

Justeru, di mana KPI berpuasa mereka sepanjang Ramadan ini?

Perunding Motivasi Human-Touch Consultant, Mohd Zawawi Yusoh, berkata sebahagian umat Islam semakin hilang stamina beribadat dan jumlah jemaah menunaikan solat tarawih merudum pada hujung Ramadan.

"Malah, jemaah makin maju ke depan, sebabnya di belakang sudah kosong dan makin kurang jemaah.

"Sepatutnya makin ke hujung Ramadan makin seronok dengan janji fadilat Ramadan," katanya.

Persoalannya, mengapa fenomena begini berlaku dan tidak serupa semaraknya ketika awal dahulu?

Ibadat yang dilakukan bukan saja berkurang kuantitinya malah kualitinya boleh dipersoalkan. Mengapa umat Islam di negara ini tidak mahu mencari fadilat pada 10 malam terakhir Ramadan yang terkandung satu malam yang sangat berkat, iaitu Lailatul Qadar?

Daripada Aisyah r.a katanya: "Rasulullah s.a.w memperbanyakkan amalan apabila sampai hari yang ke-10 terakhir Ramadan, Baginda juga membangunkan isterinya agar beribadat (solat sunat, membaca al-Quran, berzikir dan lainnya). Baginda juga menjauhkan diri daripada bergaul serta bermesra dengan isterinya." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Menurut ulama, Lailatul Qadar kemuncak Ramadan kerana kemuliaannya yang diterangkan di dalam al-Quran dan hadis Nabi s.a.w, malah malam berkenaan dirakamkan khusus dalam satu surah dalam al-Quran.

Orang yang tekun beribadat pada 10 malam yang berkenaan akan mendapat rahmat dijanjikan kerana sudah sabit dalam hadis yang sahih, Lailatul Qadar wujud pada satu daripada 10 malam itu.

Justeru, orang yang tekun beribadat pada 10 malam terbabit akan mendapat rahmat yang dijanjikan itu, sama ada dia menemuinya atau tidak. Jika bertemunya, berdoa untuk kebaikan, kesejahteraan dan keampunan.

Mohd Zawawi berkata, generasi salafussoleh dahulu makin tidak senang duduk apabila Ramadan makin memasuki penghujung kerana bersemangat hingga bergilir tidur, bangun dan saling mengejutkan yang lain untuk qiamullail.

"Boleh jadi juga tanggapan tak betul dalam menghayati ibadat Ramadan. Kalau beribadat hanya ikutan sahaja, dorongan memang tak kuat. Bukan sahaja tak kuat, tetapi tak dapat bertahan, hanya main ikut 'mood'.

"Hari ada 'mood', beribadat bukan main manakala hari tak ada 'mood' main-main pula beribadat," katanya, sambil menegaskan: "Beribadat bukannya boleh dibuat main-main sebab ibadat hendak masuk syurga."

Hadis Nabi s.a.w bermaksud: "Jalan ke syurga penuh dengan duri manakala jalan ke neraka penuh dengan seronok dan lalai."

Solat katanya, memang duri bagi mereka yang tidak bersungguh-sungguh, manakala Tarawih beratnya dirasa seperti ditusuk duri.

"Duduk lama sedikit ketika bertadarus tidak tahan, sebab terasa macam duri," katanya.

Beliau berkata, dek salah faham antara makna Ramadan dan bulan puasa juga menjadi sebab kenapa ramai cepat sangat malas menggandakan ibadat?

"Kalau difahami ini bulan puasa, seolah-olah bulan ini hanya untuk puasa. Orang ajak buat kerja lebih sedikit, dia kata ini bulan puasalah.

"Apabila diajak bergotong-royong, dijawab ini bulan puasalah dan bila hendak buat kursus ketika bulan puasa, terus disanggahnya, 'ini bulan puasa', seolah-olah bulan ini bulan rehat saja.

"Berbeza dengan kefahaman Ramadan, sebab apabila difahami ini Ramadan bermakna bulan ini bukan hanya untuk berpuasa.

"Malah, bulan ini menjadi penghulu segala bulan kerana sangat banyak ibadat yang perlu dilakukan sebagai pakej," katanya.

Menurutnya, bulan ini juga adalah bulan mencipta prestasi kerana dalam sejarah Islam, perang pertama berlaku dalam keadaan lapar kerana berpuasa.

"Boleh jadi juga semakin tidak bersemangat sebab jahil mengenai ganjaran dan nilai yang terkandung dalam ibadat pada Ramadan.

"Inilah akibatnya tak bersedia dengan ilmu ketika menyambut kedatangan Ramadan. Tak baca dan menelaah kembali hakikat tawaran Allah.

"Sehingga yang terpikat bukannya tawaran Allah, tetapi lebih kepada jualan murah 'beli dan belah'. Membeli bukan main sakan, tetapi bab ibadat asyik belah saja," katanya.

Kekurangan stamina sebelum Ramadan lagi, katanya, menjadi satu lagi punca yang menyebabkan momentum beribadat ketika Ramadan tidak begitu stabil.

"Benarlah doa Nabi s.a.w yang bermaksud: "Ya Allah berkatkan Rejab dan Sya'ban serta panjangkan umur sehingga Ramadan."

"Rupanya kerajinan beribadat sepatutnya sudah bermula persiapannya sejak Rejab lagi dan kalau ikut sepatutnya memang sejak baligh lagi sudah kena rajin beribadat.

"Kalau sudah mula berazam nutuk bersungguh ketika Rejab lagi taklah terkejut melayani dan menangani jadual ibadat Ramadan.

"Bayangkan kalau jarang ke masjid, tetapi bila saja tiba puasa hendak berterusan 30 hari ke masjid.

"Rasanya, mungkin tak larat. Begitu juga dengan membaca al-Quran, berbulan-bulan tak ada jadual membaca al-Quran, tiba-tiba hendak khatam 30 juzuk, memang berat sangatlah," katanya.

Tanggapan sesetengah pihak yang berasakan usianya masih panjang dan muda juga menyebabkan ibadat Ramadan tidak dilakukan bersungguh-sungguh sehingga ke akhir bulan.

"Sekarang masa bersuka ria, masih bujang lagi, nanti apabila sudah kahwin atau bila tua barulah ibadat betul-betul dan ini pun satu punca tidak bersungguh dalam beribadat.

"Kalau yang muda terasa masih awal serta banyak lagi peluang dan ruang, kerenah yang tua pula mula pasang angan-angan walaupun ramai teman taulan sudah jalan.

"Mati bukan ikut usia dan penyakit, tetapi rahsia Allah. Marilah pada kesempatan Ramadan yang masih berbaki kita bersungguh-sungguh menggandakan ibadat.

"Ini supaya kita berasakan kehangatan pesta ibadat menjadi hiburan dan pengisian rohani agar bersiap dengan bekal mencukupi di alam selepas dibangkitkan semula," katanya.

23 May 2009

Wak Dol, Siak Surau kita terlibat kemalangan

Assalamualaikum semua,





 Semalam selepas tahu WakDol kemalangan,
saya, MdSham dan Awi(3A1) pergi ke Hospital
Ampuan Rahimah
Klang lepas Isyak. Dapat jumpa WakDol diwad kecemasan
pukul ~10 mlm.



Ceritanya, WakDol dalam perjalanan dari
arah Meru ke Shah Alam untuk pergi ke Desa Pengasih. Manakala kereta yang
terlibat tu( pemandunya wanita) dari arah ShahAlam nak masuk kesimpang Puncak Alam.
WakDol yang kena langgar melambung ke atas bumbung kereta. WakDol patah kaki sebelah kanan. Tapi bahagian
badan yang lain alhamdulillah tak de apa-apa. Lama juga siWak ni duduk atas
bumbung kereta sehingga ambulan sampai, Orang ramai takut nak alih sebab kaki
patah tu agah serius.



SMS dari WakDol pagi tadi….dia di Wad 5A Katil No 26.



Sesiapa yang
berkelapangan pergilah ziarah beliau. Kita doakan juga untuk beliau segera
sembuh. Ameenn.







 Saya juga bercadang untuk mengadakan
kutipan derma kilat untuk WakDol. Sesiapa yang nak menderma boleh bagi pada
saya atau HjAmran atau MdSham. Jom kita bantu beliau.  



Hj Azali

Pengerusi Surau Haji Ismail Bandar Puncak Alam


boleh jadi kisah ini ada kaitan dgn berita dari PAnet dibawah.

sumber: http://www.puncak-alam.net/berita-tempatan/2009/kemalangan-di-simpang-masuk-puncak-alam.html

Kemalangan Di Simpang Masuk Puncak Alam













Kemalangan di simpang masuk Bandar Puncak Alam

PUNCAK ALAM : 22.05.2009 - Satu kemalangan melibatkan sebuah kereta dan motorsikal berlaku malam semalam di persimpangan masuk ke Bandar Puncak Alam.



Dalam kejadian yang berlaku pada sekitar jam 8.30 malam itu, sebuah
kereta Proton Wira telah cuba membelok masuk ke persimpangan tersebut
dari arah Lebuhraya Puncak Alam tanpa menyedari ada motorsikal datang
dari arah Meru.

"Saya tidak nampak ada motor datang arah
tersebut," ujar pemandu tersebut yang merupakan seorang penduduk di
Fasa 2 yang terkejut apabila motorsikal tersebut merempuh bahagian sisi
hadapan keretanya.

Impak rempuhan menyebabkan mangsa tercampak ke atas cermin hadapan kereta tersebut.

Tinjauan
PAnet di tempat kejadian mendapati mangsa yang mengalami patah tulang
betis kanan terbaring di atas bumbung kereta yang dirempuhnya sementara
menunggu ketibaan ambulan.

Anggota polis yang secara kebetulan sedang melakukan rondaan membantu mengawal lalulintas di kawasan kemalangan.

Maklumbalas
daripada pengguna jalanraya yang berhenti turut menyatakan kebimbangan
berkaitan lalulintas yang agak sibuk di laluan itu, hingga menyukarkan
pemandu untuk membelok masuk.

Warga Bandar Puncak Alam yang
ditemui di tempat kejadian bersependapat bahawa pihak berkuasa tempatan
harus menyediakan lampu isyarat bagi mengelakkan kemalangan yang sering
berlaku di situ.

Dalam satu kejadian berasingan yang berlaku 2 malam yang lalu, satu kemalangan turut berlaku di selekoh laluan berhampiran.

Kejadian
tersebut berlaku pada sekitar jam 7.45 malam itu melibatkan sebuah
kereta Perodua Kelisa yang telah terbabas ke atas pembahagi jalan.

Tinjauan
PAnet mendapati lampu jalan di Persiaran Puncak Alam 3 itu tidak
berfungsi, dan dimaklumkan lampu tersebut tidak menyala semenjak minggu
lepas.

Keadaan yang gelap ditambah dengan keadaan trafik yang sibuk itu boleh mengakibatkan kemalangan berlaku.

Penduduk turut meminta pihak Majlis Daerah Kuala Selangor untuk mengambil tindakan secepat mungkin.



1. AHLI JAWATANKUASA SURAU TAHUN 2009 (PERUBAHAN)

Kepada : Semua Ahli Khariah Fasa 3

السلام عليكم ورحمة الله وبر كاته           

 

1. AHLI JAWATANKUASA SURAU TAHUN 2009 (PERUBAHAN)

Terdapat perubahan kepada senarai AJK Surau Haji Ismail Fasa 3 Puncak Alam sediada. Perubahan berkenaan adalah seperti berikut:

i.    Perletakan jawatan En. Azwa Abu Hassan dari menjadi AJK surau berkuatkuasa 9 April 2009

ii.  Perletakan jawatan  Ustaz Ahmad Lutfi Abdullah Al Hafiz dari menjadi Imam2 kerana menyambung pelajaran di Darul Quran berkuatkuasa 25 April 2009.

iii.Perlantikan Ustaz Abdullah Wan Ahmad Al Hafiz sebagai Imam2 yang baru berkuatkuasa dari 7 Mei 2009

 

2. PROGRAM REMAJA CUTI SEKOLAH (30hb. Mei 2009)

Surau akan menganjurkan Program Motivasi Remaja pada 30/05/09 (Sabtu) dari pukul 8.30pagi – 1.00 tgh. Ianya terbuka kepada remaja (lelaki& perempuan) yang berumur 10-16 tahun. Yuran pendaftaran adalah RM 10.00. Fasilitator bagi program ini ialah Ustaz Hishamuddin Abdul Aziz dengan tajuk program – “Generasi Harapan Ummah”. Untuk tujuan pendaftaran dan pertanyaan, sila berhubung dengan En. Mizi Ismail (0192637954) atau En. Zulkifli Abd Rashad (0136085620). Borang untuk pendaftaran boleh didapati di surau.


3. KULIAH MINGGUAN

Berikut adalah program kuliah yang dibuat di surau setiap minggu.Dilampirkan juga jadual kuliah untuk bulan Jun 2009 untuk rujukan semua.

Hari

Masa

Kuliah/Kelas

Setiap Rabu

Selepas Maghrib

Kelas Bahasa Arab Untuk Dewasa

Setiap Jumaat

Selepas Isyak

Kelas Quran/Tajwid Untuk Dewasa

Setiap Sabtu

Selepas Zuhor

Kuliah Muslimat

Selepas Maghrib

Kuliah Maghrib

Setiap Ahad

Selepas Maghrib

Kuliah Maghrib

Ahad (Minggu Pertama & Ketiga)

Selepas Suboh

Kuliah Suboh

 

4. KURSUS HAJI BERSIRI SETIAP AHAD (3 MEI hingga 12 JULAI 2009)

Pendaftaran Kursus Haji (10 Siri) di Surau Haji Ismail masih dibuka kepada ahli khariah. Sesiapa yang berminat boleh berhubung dengan Hj Zaidi Mohd Baki (013 280 2236).  

 

5. MOHON DERMA UNTUK AKTIVITI SURAU

Derma dari ahli khariah adalah sangat dialu-alukan untuk memastikan kelancaran operasi surau kita.  Sila berhubung dengan AJK surau bagi menyalurkan derma.  Semoga amal jariah berkenaan diterima oleh Allah sebagai amal yang soleh.

 Sekian. -  “Surau Untuk Semua”

 

Haji Mohamad Nor Azali bin Lajin (019 387 8085)

Pengerusi,

Surau Hj Ismail Fasa 3, Bandar Puncak Alam

06 May 2009

Jadual Kuliah Mei 2009 di Surau Haji Ismail

sila klik utk tajuk diatas untuk melihatnya

Kalendar Aktiviti Surau Haji Ismail 2009

sila klik tajuk utk download Taqwim tersebut